Crunchy Bliss Halal


https://page.fingo.shop/goodsDetailNew?goodsId=461434190735347712&lang=en&bindType=2&shareCode=FV98AG

 



Nama Syarikat
S&M Clan Enterprise

Tarikh penubuhan 2019

Nama pemilik
1)Nurhaq bin Samshul Kamar-24 tahun
2)Nurain binti Samshul Kamar -27 tahun


Product
Sambal Garing Ikan Bilis

Branding
Crunchy Bliss

Sedikit sejarah tentang crunchy bliss. Bagaimana S&M Clan bermula dan bagaimana tercetusnya idea serunding ikan bilis

Idea tentang crunchy bliss bermula dari kami 2 orang anak muda yang baru tamat belajar. Saya haq baru tamat belajar di London ketika itu dan bersama-sama kakak saya mendapati adanya kekosongan dalam pasaran di mana tiada pek travel untuk sambal garing ikan bilis yang mudah dibawa ke mana mana dan senang disimpan.

Resepi turun temurun keluarga yang sentiasa dibawa setiap kali ke luar negara menjadikannya sesuai untuk dikomersialkan di pasaran domestik dan antarabangsa.

Kami bermula secara kecil-kecilan di rumah dan kini semakin berkembang dgn adanya sokongan dari anda yang membantu dan percaya dengan kualiti produk yang kami hasilkan menambahkan keyakinan kami untuk berkembang dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami seperti anda.

Rasanya yang sedap, garing dan pelbagai pilihan perisa membuatkan Crunchy Bliss sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Cabaran
Disebabkan Crunchy Bliss merupakan satu produk yang baru, jadinya agak sukar untuk menarik pelanggan dan pengedar kerana banyak pesaing di pasaran. Namun tidak menjadi masalah kerana kami percaya dengan produk kami dan dengan perancangan pasaran yang betul boleh menerajui pasaran domestik dan antarabangsa.

Strategi perniagaan yg pernah buat tp impak x memberansangkan Pasaran secara online kerana produk makanan terletak kepada deria rasa dan ini menyukarkan kami untuk menarik minat pelanggan kerana mereka perlu merasai crunchy bliss dengan seluruh keenakannya untuk mengetahui kenapa produk ini unik dan berbeza dari serunding ikan bilis yand ada di pasaran.

Bila jumpa E-Commerce FINGO?
Mula berjumpa FINGO pada penghujung bulan 11 dan kami percaya platform e-commerce FINGO boleh membantu menguatkan posisi kami di pasaran dan meneraju pasaran asing.

Visi dan harapan 
Visi kami adalah menjadi satu syarikat yang terkemuka di seluruh negara dengan produk yang unik, berkualiti dan inovatif.
Harapan kami adalah agar syarikat kami menjadi sebuah syarikat yang kukuh dan berjaya di pasaran domestik dan antarabangsa dengan bantuan e commerce FINGO untuk menarik minat pelanggan dari seluruh pelosok dunia. 


https://page.fingo.shop/goodsDetailNew?goodsId=461434190735347712&lang=en&bindType=2&shareCode=FV98AG


Pages

2020 COPYRIGHT by FINGO ECOMMERCE